SUHAIBATUL ISLAMIAH BT IBRAHIM
(PPG/11175/11)
TUAN NORMAH BT TUAN ABDULLAH
(PPG/11125/11)
MAZNAH BT DAUD
(PPG/11127/11)
FUZIAH BT MAMAT
(PPG/11121/11)
RAHANA BT ARIFFIN
(PPG/11173/11)
Thursday, 15 December 2011
Monday, 12 December 2011
Makanan Seimbang
TEMA : Makanan Untuk Kesihatan.
TAJUK : Makanan Seimbang
Fokus Utama. Fokus Sampingan. Objektif. Pengisian Kurikulum. Sistem Bahasa. Media. | Standard Kandungan: Standard Pembelajaran: Standard Kandungan: Standard Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid- murid dapat : a) Ilmu : b) KBT : c) Nilai : Tatabahasa : | 5.2 Membaca kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. 5.2(i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya penyampaian yang sesuai. 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. 8.1(i) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. (i) Membaca dan berlakon dengan sebutan dan intonasi yang betul. (ii) Memahami ayat dalam teks. - Sains, PJK. -Menjana Idea. -Kebersihan Fizikal dan Mental Kata Nama, Ayat Majmuk dan Penjodoh Bilangan. Kad gambar, Kad teks, Lembaran Kerja, Bahan Maujud. |
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Aktiviti | Pengisian Kurikulum | Catatan |
Set Induksi. - Guru membawa sebuah kotak yang mengandungi pelbagai jenis makanan. - Guru meminta murid menyatakan nama makanan yang ditunjukkan dan bertanya murid samada mereka pernah memakannya. -Bersoal jawab mengenai makanan seimbang dan murid menyatakan jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat untuk kesihatan. Langkah 1. -Guru menampal kad petikan teks di papan kapur. -Murid diberi masa tiga minit untuk membaca dan memahami teks yang disediakan secara senyap. -Murid membaca kuat teks dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya penyampaian yang sesuai. Langkah 2. -Guru membacakan ayat demi ayat dan menerangkan makna perkataan sukar. -Murid mengecam dan menyatakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam teks. -Murid menyatakan kata dasar /akar bagi setiap perkataan berimbuhan yang terdapat dalam teks. Langkah 3 Pentaksiran. -Guru menyoal dan murid menjawab secara lisan soalan-soalan yang berkaitan dengan teks. -Murid menyatakan secara lisan samada betul atau salah pernyataan yang dibaca oleh guru. Pemulihan. -Murid memadankan gambar makanan dengan perkataan yang sesuai. -Murid memadankan dua suku kata untuk membentuk perkataan bermakna berpandukan gambar. Pengayaan. -Murid menulis semula ayat selapis yang diberi supaya menjadi ayat majmuk menggunakan kata hubung yang diberi. -Murid melengkapkan cerita dengan perkataan yang sesuai Penutup. -Menilai hasil kerja murid dan menegaskan supaya murid makan makanan yang berzat supaya sihat. | Nilai : kepentingan makanan. KBT : kemahiran melihat, Mendengar. KBT: Konstruktivisme. Memahami jenis-jenis makanan. | Lampiran 1 Petikan teks. Lampiran 2 -kad soalan -kad ayat Lampiran 3 Lembaran kerja Lampiran 4 Lembaran kerja |
LAMPIRAN 1
Baca dan fahami teks yang disediakan.
Kita mesti makan makanan yang seimbang. Makanan yang seimbang sangat diperlukan oleh badan kita. Makanan yang seimbang juga dapat menjamin kesihatan kita. Makanan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin, garam mineral, dan lemak. Makanan yang tidak berkhasiat seperti aiskrim, kek, minuman bergas, makanan segera, gula-gula, dan makanan ringan boleh menjejaskan kesihatan kita. Makna perkataan : 1. Seimbang : mengandungi semua nutrient dalam kadar yang betul 2. Sangat : amat 3. Diperlukan : dikehendaki 4. Menjamin : menjanjikan 5. Berkhasiat : berzat 6. Menjejaskan : mengancam LAMPIRAN 2 Menjawab soalan-soalan yang dibacakan secara lisan. 1. Apakah yang diperlukan oleh badan kita? A. Makanan yang manis. B. Makanan yang seimbang. C. Makanan yang enak. 2. Mengapakah kita mesti makan makanan seimbang? A. Menjamin kesihatan. B. Menguruskan badan. C. Menambah tenaga. 3. Perkataan menjejaskan sama erti dengan A. menghalang. B. meningkatkan C. mengancam 4. Apakah yang memberi vitamin kepada kita? A. Santan dan susu. B. Buah-buahan dan sayur-sayuran. C. Aiskrim dan coklat. 5. Apakah sumber karbohidrat? A. Nasi B. Ketam C. Minuman bergas Murid-murid menyatakan pernyataan yang dibacakan oleh guru betul atau salah secara lisan. 1. Kita mesti makan makanan yang berkhasiat……. 2. Jangan makan buah-buahan tempatan……. 3. Makanlah gula-gula setiap hari……. 4. Basuhlah buah-buahan sebelum dimakan……. 5. Jangan makan makanan yang sudah luput tarikh penggunaannya……. 6. Makanlah sayur yang pelbagai jenis……. Lo> < ju
|
Subscribe to:
Posts (Atom)